Kemaskini blog

Akhirnya, setelah lama tidak update laman blog ni, terlintas di fikiran untuk membebel sepatah dua kata. Tidak banyak berita terkini dari aku, cuma sekarang aku dah ada laptop baru. HP dv4 dilengkapi dengan sistem operasi Windows Vista Home Premium. Walaupun aku amat tidak menyukai Windows Vista, apakan daya sebab masa mula-mula beli memang telah disedia-pasang. Windows 7 sudah pun berada dipasaran, cuma aku tak berpeluang untuk upgrade lagi. Kalau di ikutkan, laptop ini boleh mendapat free upgrade ke Windows 7 Home Premium dari HP. Namun untuk mengambil peluang itu, aku kena bayar melalui kad kredit untuk kos penghantaran yang agak mahal juga la. Jadi aku amik keputusan untuk membiarkannya sahaja.

Dapat berita dari kawan yang mengatakan TM sedang menaik-taraf sistem mereka untuk projek HSBB (High Speed BroadBand) yang konon-kononnya dapat membawa koneksi yang tinggi kepada pengguna rumah dan juga pejabat. Kemungkinan tahun 2010 TM akan mula memperkenalkan HSBB kepada pengguna secara berperingkat. Kita tunggu dan lihat.

Label: , , , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.