TMnet Streamyx HSBB

Mac 10, 2010

Ah, bila agaknya TMnet nak lancarkan High Speed Broadband (HSBB) network ni. Sudah agak lama projek ini dijalankan tapi masih tiada berita lagi mengenai pelancarannya. Moga moga cepat lah dilancarkan, aku dah tak tahan dengan kelembapan capaian Internet sekarang ini. Nak tonton video di Youtube pun tersekat sekat. Aku rasa tekanan menggunakan Internet di Malaysia ini merupakan antara punca yang tertinggi penyebab tekanan perasaan sekaligus meningkatkan darah tinggi dan perasaan marah.

Kemaskini blog

November 12, 2009

Akhirnya, setelah lama tidak update laman blog ni, terlintas di fikiran untuk membebel sepatah dua kata. Tidak banyak berita terkini dari aku, cuma sekarang aku dah ada laptop baru. HP dv4 dilengkapi dengan sistem operasi Windows Vista Home Premium. Walaupun aku amat tidak menyukai Windows Vista, apakan daya sebab masa mula-mula beli memang telah disedia-pasang. Windows 7 sudah pun berada dipasaran, cuma aku tak berpeluang untuk upgrade lagi. Kalau di ikutkan, laptop ini boleh mendapat free upgrade ke Windows 7 Home Premium dari HP. Namun untuk mengambil peluang itu, aku kena bayar melalui kad kredit untuk kos penghantaran yang agak mahal juga la. Jadi aku amik keputusan untuk membiarkannya sahaja.

Baca baki entri ini »

TMnet Streamyx Service Interruption

Disember 28, 2008

Notis pengumuman daripada Tmnet Streamyx.

20/12/2008
SERVICE INTERRUPTION

Dear Valued Customers,

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to announce that there is a disruption of its Internet services due to circuits fault on Southeast Asia – Middle East – Western Europe 4 (SMW4) submarine cable network between Palermo (Southern Italy) and Alexandria (Northern Egypt) linking Malaysia to Europe. Due to this, customers using Internet services may now experience slow browsing while accessing websites hosted in Europe.

In addition, customers using other IP services such as Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to Europe may also experience some service degradation.

To alleviate the problem, some of the links have been rerouted to alternate routes to ease the congestion.

Restoration works on the affected cables are already in progress. However, in the restoration process, traffic to Northern America may experience minor degradation while traffic to other countries is not affected. TM expects the complete recovery of its services by December 31, 2008. TM will make further announcements on the progress of the restoration works.

TM wishes to assure its customers that it is undertaking all necessary measures to restore communications services for its customers as soon as possible.

Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Internet related problems.

Thank You.

Baca baki entri ini »

Mobile Number Portability (MNP)

Disember 19, 2008

Mungkin ramai yang sudah tahu, sekarang pengguna telefon bimbit boleh bertukar kepada telco atau operator yang lain tanpa perlu menukar nombor mereka sedia ada. Aku sendiri tidak pasti berapa cas akan dikenakan dengan menggunakan perkhidmatan ini. Dan adakah pengguna boleh bertukar telco atau operator seberapa banyak kali yang mereka mahu ? Ada sesiapa boleh komen ?

Ini merupakan satu alternatif yang baik. Aku sendiri bercadang untuk menukar talian operator kepada yang lain tanpa mahu menukar nombor yang sedia dipakai sekarang ini sebab operator yang aku guna sekarang ini gemar sangat hantar mesej promosi. Walaupun promosi yang dihantar adalah sah (bukan penipuan/fraud), tetapi jika terlalu benyak dan kerap sangat diterima, tentu sekali aku naik menyampah.

Kepada sesiapa yang pernah menggunakan perkhidmatan Mobile Number Portability (MNP) ini, bolehlah kongsi pengalaman di sini. :)

Sistem Operasi Windows 64 bit

November 5, 2008

Sebelum ini aku pernah mengikuti kawan aku untuk membeli sebuah laptop baru di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Setibanya di sebuah kedai komputer berjenama terkemuka di situ, kawan aku mula memilih spesifikasi laptop yang mahu dibelinya. Semasa kawan aku berunding dan berbincang mengenai spesifikasi laptop dan harga dengan jurujual di situ, aku mendapat tahu yang sistem operasi Windows yang biasa aku guna iaitu versi 32bit tidak mampu untuk support RAM melebihi 4 GB. Hanya Windows versi 64bit yang membolehkan sistem operasi support melebihi 4 GB. Setelah selesai kawan aku itu memilih dan membeli laptop barunya, kami pun pulang tanpa sempat aku bertanya soalan lanjut mengenai perkara tersebut.

Baca baki entri ini »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.